Site Network: cuap-cuap admin | media itsar | ITSAR.web.id | Credits | Sign In | Support Us!

 

SEJARAH RAMADHAN

  1. Ramadhan: artinya panas terik
  2. Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Terjadinya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana nabi mengambil alih Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Didalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
  6. Dipilih untuk ibadat puasa.
  7. Dipilih untuk ibadat-ibadah lain (tadarus Al Quran)
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
  1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dr siksa kubur)
  2. Bulan penuh keberatan
  3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
  4. Amal sunat sama dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali lipat ganda
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi buka puasa banyak pahala
  9. Bulan ampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. - juga doa pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN
  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  2. Menyiapkan pakaian untuk Ramadhan[untuk solat]
  3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan[dikawatirkan ada hari yang terlewat tanpa niat]
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  5. Berazam melakukan Terawih
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  7. Solat berjemaah setiap waktu
  8. Solat jemaah di masjid/surau
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  10. Sahur diwaktu akhir
  11. Sahur - untuk mengelakkan pada siang tdk terlalu payah, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  12. Mandi Janabat sebelum Imsak
  13. Kurangi tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu luang (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pancaindera
  19. Elakkan gosok gigi pada waktu petang
  20. Hadiri majlis ilmu
  21. Berbuat baik pada ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pada suami
  23. Banyakkan bersedekah
  24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
  25. Berbuka bersama orang tua
  26. Undang tamu berbuka
  27. Kurangi berat badan
  28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki saja)
  29. Perbaiki hubungan suami isteri
  30. Perbaiki hubungan dengan tetangga
  31. Isteri jauhi dari keluar memakai makeup dan perhiasan
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  36. Membangunkan anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
  37. Elakkan menonton TV yang mengandung nafsu
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  39. Berdoa dengan nada lembut dan khusu'
  40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri siang hari
  41. Mendoakan ibu bapa baik yang hidup atau yang meninggal dunia
  42. Melazimkan solat tepat waktu
  43. Elakkan sebelum berbuka berjalan jalan yang menjadikan pandangan liar
  44. 44) Elakkan banyak berhutang
  45. 45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  46. 46) Tunaikan zakat fitrah

CARA BERAMAL DI MALAM LAILATUL QADAR (Malam 21-30):
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yang kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al-Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ):
- Tanggal turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yang baik

CARA MENYAMBUT HARI RAYA
- Jangan sekali-kali di sambut dengan hiburan, mercon, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
- Pada petang akhir Ramadhan orang-orang yang meninggal menangis karena peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dianjurkan keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah Dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
- Ibnu Abbas r. a pernah mengatakan bahwa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan dari anak-anak mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al Fatihah sekali untuk mereka
- Oleh karena itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita.

TAKBIR DI MALAM HARI RAYA
Takbir sebenarnya mempunyai cerita. Menurut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan terjadi di musim dingin, kemudian Salman Al Farisi menganjurkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian direkamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya, Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan2 untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh karena itu bersiap sedialah dari awal supaya benar2 mengubah sikap yang baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

Do’a untuk menghilangkan panas badan/masuk angin, maklumlah waktu lapar memang mudah masuk angin... . Rujuk pada Surah Al-Anbiyak ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (untuk diri sendiri, anak, istri, suami dll). Insyaallah, coba amalkan.

Label:

posted by media-itsar @ 20:11,